welcome....

Saturday, June 4, 2011

ThiS iS AnFieLd...!!!


Stadium Anfield dibina tahun 1884 dan asalnya digunakan Everton tetapi dikosongkan oleh kelab itu kerana bertelingkah kadar sewaan. Kapasiti penonton Anfield ketika ini adalah 45,362. Anfield dikategorikan sebagai stadium 4 bintang oleh UEFA.


Anfield
Pintu pagar Stadium Anfield








































Anfield 1888
Anfield 1903



Main Stand 


Main Stand



  • Dibina semula dalam tahun 1973
  • Berkapasiti12,277 orang penonton.




Centenary Stand
 
Centenary Stand
 
  •  Dikenali sebagai Kemlyn Road Stand
  • Dibina semula sebagai sambutan ulangtahun 100 tahun Liverpool F.C.
  • Kapasiti penonton adalah 11,762 orang.







Anfield Road Stand

Anfield Road Stand
  • Dibina semula tahun 1998
  • Boleh memuatkan 9,074 penonton
  • Penyokong-penyokong pasukan lawan ditempatkan di sini

Pembinaan Stadium Baru

Ilustrasi New Anfield

Pada 30 Julai 2004, Majlis Bandaraya Liverpool memberikan kebenaran perancangan untuk pembinaan sebuah stadium baru di Stanley Park, berhampiran Anfield. Walaupun kerajaan Britain dan juga North West Development Authority telah mencadangkan supaya Liverpool F.C, berkongsi padang dengan Everton cadangan itu tidak diterima oleh Lembaga Pengarah Liverpool, Walaupun Everton sanggup berkongsi padang. Pada akhir bulan Januari 2005, cadangan berkongsi padang terkubur selama-lamanya.

Walaupun Liverpool merancang untuk memulakan kerja-kerja pembinaan dalam tahun 2005 supaya stadium baru dapat digunakan dalam tahun 2007, Liverpool menghadapi masalah mendapatkan pembiayaan untuk pembinaan. Liverpool kini mencari pelabur untuk membiayai pembinaan stadium baru itu, yang dianggarkan akan melibatkan kos £160 juta. Kegagalan Liverpool menjanakan pembiayaan dalaman ataupun untuk mendapatkan pembiayaan luar menyebabkan beberapa pihak menggesakan Rick Parry, Ketua Eksekutif Liverpool untuk meletakkan jawatan.

Gambaran stadium baru


2 comments: